Kisah Seram Di Genting Highlands
Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog
mengenai beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting
Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan
yang dikatakan berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah
ini.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan
di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan
Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas
bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke
puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan
terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke
Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua
majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya,
Kasino Genting ini
 |
Tambah kapsyen
Jadi segala misterinya bermula di sini.
Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam
Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan
di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini
seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang
berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai
penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua
keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga
terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini?
Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi
mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk
Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang
berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak
kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan”
ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa
tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk
membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di
Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak
Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan
pangsapuri di Genting.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan